SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI
Tema:
“MEMARTABAT TULISAN JAWI KE ARAH MEMPERKAYA ILMU”
Tarikh:
25, 26 & 27 Ogos 2008
Tempat:
Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Ajuran bersama:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan
JAKIM
KPM
KPTM
Alumni SITC
Utusan Malaysia
MUKADIMAH
Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama PNM, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, JAKIM, KPM, KPTM dan Utusan Malaysia. Seminar ini bertujuan memuganrka kembali penggunaan Tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul Tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.
SUBTEMA - Perkembangan dan Sejarah Tulisan Jawi
- Teknologi dan Tulisan Jawi
- Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi
- Terjemahan dan Peranan Tulisan Jawi Dalam Penyebaran Islam dan Perkembangan Bahasa Melayu
- Pendidikan Seni Khat
- Prospek Masa Hadapan Tulisan Jawi
Perasmi:
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Y.B. Datuk Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal
Ucap utama:
Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Tajuk: Perkembangan Islam Melalui Tulisan Jawi
Profesor Dr. Kang Kyoung Seok, Universiti Pusan, Korea Selatan.
Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran Tulisan Jawi
Dr. Hj. Wan Ali Wan Mamat
Tajuk: Asal usul Tulisan Jawi dan Terjemahan
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Pihak penganjur berbesar hati mengundang tokoh akademik, penyelidik, penulis dan sesiapa sahaja yang berkaitan menyumbang penemuan baharu pemikiran dan wacana dalam salah satu subtema di atas. Abstrak hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 Jun 2008. Kertas kerja lengkap perlu dihantar sebelum 30 Julai 2008. Semua urusan penghantaran abstrak dan kertas kerja hendaklah melalui Prof. Dr. H M Bukhari Lubis:
seminar.jawi@upsi.edu.my , jawi2008@yahoo.com
Abstrak : 200 perkataan
Kertas Kerja : 2500 perkataan (15 m/surat)
Poin : 18 (Jawi), (12) rumi
BAHASA
Melayu (tulisan rumi atau jawi).
Sebarang PERTANYAAN boleh menghubungi terus atau e-mel kepada:
Setiausaha Seminar
En. Taj Rijal Muhd Romli
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel Bimbit: 019-9496070,
E-mel: seminar.jawi@upsi.edu.my , jawi2008@yahoo.com